Oleh Yusrin Junaidi –
BANDAR SERI BEGAWAN, 12 MEI – Bagi membuat persiapan awal pengurusan hal ehwal haji dengan pihak-pihak berkepentingan di Arab Saudi sebelum ketibaan para bakal jemaah Haji Negara Brunei Darussalam, seramai 13 orang pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji (Pentadbiran dan Perubatan) bagi Musim Haji Tahun 1445H / 2024M bertolak ke Arab Saudi pada pukul 7:10 malam tadi dengan menaiki pesawat BI097.
Rombongan awal berkenaan terdiri daripada lima orang pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji (Pentadbiran) dan lapan orang pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji (Perubatan) dengan diketuai oleh, Pengarah Urusan Haji, Haji Abdullah bin Haji Mohamad selaku Ketua Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam bagi Musim Haji Tahun 1445H / 2024M ke Arab Saudi.
Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar kepada rombongan tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar; dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan.
Turut hadir ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim; Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Haji Maswadi bin Haji Mohsin; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) di KHEU, Awang Misle bin Haji Abdul Karim; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keagamaan) di KHEU, Haji Hardifadhillah bin Haji Mohd Salleh; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional) di Kementerian Kesihatan, Dr Hajah Rafidah binti Abdul Gharif; dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan, Kementerian Kesihatan, Pengiran Dr Haji Mohd Khalifah bin Pengiran Haji Ismail.
Bakal jemaah haji negara dija-dualkan bertolak pada 23 hingga 26 Mei.




