Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    13 pelajar maut dalam kebakaran

    YANSHANPU, 21 JAN – Pihak berkuasa di wilayah tengah China, Henan hari ini menyiasat punca kebakaran yang berlaku pada waktu malam yang mengorbankan 13 pelajar sekolah ketika mereka tidur di asrama.

    Kebakaran tersebut, yang berlaku di Sekolah Yingcai di kampung Yanshanpu, telah dilaporkan kepada pihak bomba tempatan pada pukul 11 (waktu tempatan) Jumaat lalu dan dipadamkan kira-kira 40 minit kemudian, menurut agensi berita rasmi Xinhua.

    Tiga belas pelajar maut dalam kemalangan itu, manakala seorang lagi cedera.

    Puluhan polis berada di dalam dan sekitar kawasan yang telah disekat berhampiran sekolah hari ini, lapor wartawan AFP.

    Seorang pegawai di tempat kejadian memberitahu AFP, “Siasatan masih dijalankan di dalam. Tidak ada sesiapa yang dibenarkan masuk.”

    Beberapa tingkap di sisi sekolah itu pecah – satu-satunya tanda yang jelas tentang kemalangan besar di bangunan itu.

    Wartawan AFP melaporkan palang besi menutupi tingkap sekolah manakala papan tanda pada muka bangunan bangunan itu berbunyi ‘Masuk ke tadika dengan gembira dan pulang ke rumah dengan gembira.’

    Dalam video yang dikongsi hari ini di laman media sosial China, Weibo, seorang lelaki bernama Fan – bapa kepada seorang budak lelaki yang maut dalam kebakaran itu – berkata sampel darah telah diambil daripada ibu bapa untuk membandingkan DNA mereka dengan mangsa.

    “Kami belum melihat anak kami… Kami hanya boleh melihat mereka apabila keputusan tersebut sudah ada,” kata Fan. – AFP

    Dron udara menunjukkan asrama dengan tingkap yang hangus selepas kebakaran di Sekolah Yingcai di Bandar Dushu, Daerah Fangcheng, di wilayah tengah China, Henan. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...