Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    13 pelajar sertai lawatan sambil belajar ke JPM

    Oleh Syahmi Hassan – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 NOV – Seramai 13 orang pelajar Kursus Pembangunan Mampan Islam di bawah Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah membuat lawatan sambil belajar ke Sekretariat Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), di Jabatan Perdana Menteri (JPM), baru-baru ini.

    Lawatan yang diketuai oleh Dr Suleiman Mohammed Hussein itu bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pendekatan yang lebih luas serta meningkatkan ilmu pengetahuan tentang Islam dan SDG.

    Ia juga menyediakan peluang kepada para pelajar untuk memberikan pandangan dari perspektif Islam dan berlandaskan Maqasid Shariah tentang bagaimana sesebuah organisasi boleh mencapai SDG, serta melahirkan pelajar yang berilmu dan berketerampilan dalam bidang Pengurusan Islam dan Pengurusan Konvensional, sambil mempertingkatkan komitmen, kesedaran, sifat kepimpinan, kerjasama, dan rasa tanggungjawab pelajar terhadap pembelajaran mereka.

    Semasa lawatan itu, pelajar diberikan beberapa aktiviti brain-storming oleh pihak jabatan dan menyertai sesi soal jawab untuk mereka mengumpulkan ilmu dan maklumat-maklumat yang berguna bagi kursus mereka.

    Pelajar UNISSA bergambar ramai semasa lawatan berkenaan. – GAMBAR SERAHAN UNISSA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda