Oleh Sim Y.H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 12 FEB – Seramai 13 orang pelajar dari pelbagai sekolah mengambil bahagian dalam Dynamik Technologies Kids Can Code: Bench Adventure Edition yang diadakan, baru-baru ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Dynamik Technologies, di sini, sesi itu memperkenalkan para peserta kepada asas pengekodan menggunakan Micro:bit menerusi aktiviti-aktiviti amali dan interaktif.
Program itu diteruskan dengan acara lawatan ke Dynamik Bench di Taman Mahkota Jubli Emas di mana para pelajar menggunakan kemahiran baharu yang diperoleh mereka.
Lawatan itu menandakan penyingkapan wajah baharu Dynamik Bench yang menyediakan peluang kepada para pelajar untuk mempelajari mengenai tenaga suria dan aplikasinya.
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2025/02/P8-2A_13022025.jpg)