Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    13 remaja lelaki didapati bersalah bunuh rakan sendiri

    TAWAU, 22 OGOS – Mahkamah Tinggi hari ini mendapati 13 pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu bersalah membunuh rakan mereka Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, tahun lepas.

    Hakim Datuk Duncan Sikodol memutuskan kesemua remaja itu yang didakwa secara bersama bersalah di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

    Beliau menetapkan 28 Ogos ini untuk menjatuhkan hukuman sementara menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Lahad Datu seperti yang dikehendaki di bawah Seksyen 90(12) Akta Kanak-Kanak 2001.

    Pada 28 Februari lepas, Duncan memerintahkan 13 remaja berusia 16 hingga 19 tahun untuk membela diri atas pertuduhan bersama-sama membunuh mangsa di bilik asrama 7 Resak dan 5 Belian di Kolej Vokasional Lahad Datu pada 9 malam 21 Mac hingga 7:38 pagi 22 Mac tahun lepas. – Bernama

    Mahkamah Tinggi mendapati 13 pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu bersalah membunuh rakan mereka Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, tahun lepas. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda