Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    13 rumah rosak akibat ribut

    KOTA KINABALU, 7 Jan – Tiga belas buah rumah di Kampung Landung Ayang, dekat Kudat, rosak akibat dilanda ribut, petang semalam.

    Pegawai Daerah Kudat Sapdin Ibrahim berkata kejadian pada 3:20 petang itu mengakibatkan bumbung rumah tercabut dan diterbangkan angin kencang berkelajuan kira-kira 90 kilometer sejam.

    Beliau berkata seramai 61 mangsa, termasuk 11 kanak-kanak lelaki dan tujuh kanak-kanak perempuan, terlibat dalam kejadian tersebut.

    “Tiada pusat pemindahan dibuka memandangkan kesemua mangsa tinggal di rumah saudara mara buat sementara waktu. Kami sedang merujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk memberi bantuan kepada mangsa terlibat,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

    Sapdin berkata Menteri Tugas-tugas Khas Sabah Datuk Teo Chee Kang yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Kapor turut meninjau lokasi kejadian.

    Dalam pada itu, Sapdin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah berkata, keadaan cuaca beransur pulih pada jam 4:30 petang dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

    Penduduk sekitar daerah itu turut dinasihatkan supaya sentiasa berjaga-jaga dalam keadaan cuaca semasa, katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda