Monday, February 24, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    13 terima bantuan zakat

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Nov – Mangsa-mangsa yang terlibat dalam kejadian kebakaran rumah di Berek Jabatan Daerah Brunei dan Muara, Jalan Pelumpong, Muara pada 28 Oktober yang lalu terus menerima bantuan daripada pihak-pihak berwajib.

    Hari ini, Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) telah menyerahkan agihan wang zakat berjumlah $2,600 kepada seramai 13 orang penghuni yang mendiami dua unit rumah di berek berkenaan yang disampaikan oleh Pemangku Setiausaha MUIB, Haji Hamzah bin Haji Sabtu, di Bilik Seroja, Lantai Bawah Bangunan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU).

    Penerima bantuan terdiri daripada Dayang Nur Faryna binti Abdullah (anak pemilik rumah), Awang Mohd Eddy Faridzul bin Ibrahim (menantu pemilik rumah), Dayang Zulhusna binti Abdullah (cucu pemilik rumah) yang mana masing-masing menerima wang zakat berjumlah $200 manakala Dayang Zulaikha binti Abdullah (cucu pemilik rumah) menerima $200 dan peralatan sekolah.

    Sebahagian mangsa-mangsa kebakaran rumah yang hadir pada majlis penyerahan agihan wang zakat berlangsung di Bilik Seroja, Lantai Bawah Bangunan KHEU.
    Haji Hamzah ketika menyampaikan sumbangan agihan wang zakat kepada Dayang Nur Faryna.

    Sementara itu, keluarga Awang Jamaluddin bin Ismail (suami pemilik rumah), isteri serta tiga orang anaknya menerima $1,000 bersama peralatan sekolah, manakala Awang Abdul Hafiz bin Jamaluddin (anak pemilik rumah) dan isteri menerima $400, Awang Mohd Riadhuh bin Haji Abu Bakar (menantu pemilik rumah) dan isteri menerima $400.

    Kesemua wang tunai ini diambil daripada peruntukan Kumpulan Wang Zakat Asnaf Fakir Miskin.

    Dengan adanya agihan zakat tersebut adalah diharapkan semoga ia akan dapat meringankan sedikit sebanyak beban yang ditanggung oleh mangsa dan dengan harapan semoga mereka lebih berhati-hati dan sentiasa berwaspada dalam menjaga keselamatan ahli keluarga daripada ditimpa musibah sebegini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda