Saturday, March 15, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    13 terima kerusi keselamatan anak damit

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 29 OGOS – SC Tubular Solutions (B) Sdn Bhd dengan kerjasama Mothercare Brunei sekali lagi telah menyampaikan 13 kerusi keselamatan anak damit kepada ibu bapa yang mempunyai anak damit di Daerah Belait, hari ini.

    Diadakan setiap bulan di seluruh negara sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat, majlis penyerahan kerusi keselamatan anak damit berkenaan telah diadakan di Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait. Hadir pada majlis itu ialah Pengurus Sumber-sumber Manusia dan Kemudahan, SC Tubular Solutions (B) Sdn Bhd, Vivien Goh yang bukan sahaja diiringi oleh kakitangan dari syarikat berkenaan malah dua perwakilan dari Mothercare Brunei iaitu Penyelia Kanan, Aileen Rose Tacusalme dan Pengurus Kedai, Johnny Arenas.

    Selepas penyerahan kerusi keselamatan dan sesi bergambar ramai, kedua-dua wakil dari Mothercare Brunei turut menunjukkan pelbagai ciri serta cara memasang kerusi keselamatan anak damit berkenaan kepada ibu bapa.

    Sebagai sebuah syarikat pelaburan langsung asing di Brunei dan anak syarikat Sumitomo Corporation, SC Tubular Solutions (B) Sdn Bhd merancang untuk meneruskan program bulanannya itu ke seluruh negara bagi membantu meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan bagi anak damit di jalan raya.

    Ibu bapa diterangkan mengenai ciri-ciri keselamatan kerusi anak damit daripada wakil Mothercare Brunei.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda