BANDAR SERI BEGAWAN, 20 MAC – Sebanyak 13 individu, syarikat atau entiti telah dimasukkan ke dalam Alert List Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) bagi Mac 2024.
Dalam kenyataannya yang dikeluarkan di sini, hari ini, BDCB memaklumkan kepada orang ramai bahawa individu, syarikat atau entiti yang dimasukkan dalam senarai berkenaan ialah: Brunei Investment Agency (FB profile) (menyalahgunakan nama Brunei Investment Agency); Easy Loan Brunei Darussalam; Elite FX New (IG profile); FSEX; Hsb_pro_bn (IG profile) / HSB_TRADE_PRO / 7266570; Loan Brunei (FB profile); Loan Syariah Brunei (FB profile) (Loan Syariah Online Brunei Brunei Trusted / Loan Syariah Online Brunei Darussalam / Personel Loan Online of Brunei Darussalam / Personel Loan Syariah (FB profile); Raibot Look Easy / Brunei Investment Company Limited; Reno Loan Bn (FB profile / 8253001; Smart Investor / Smart Investor BN; Syarikat Using Loan / 8783142 / 7260142 / 8947723; Technical Center Trade; Urgen Loan Brunei (FB profile) / Personel Fast Loan Syariah Brunei / 7254098.
BDCB menerangkan bahawa Alert List adalah senarai individu, syarikat dan laman sesawang yang tidak diberi kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan-peraturan di bawah kawalan BDCB atau mana-mana aktiviti yang menimbulkan kecurigaan akan berlaku aktiviti yang menyalahi undang-undang.
Senarai itu, adalah tanpa prejudis kepada sebarang penilaian lanjut oleh BDCB mengenai aktiviti-aktiviti syarikat berkenaan.
BDCB juga menyatakan bahawa Alert List yang dikemaskinikan boleh didapati di laman sesawangnya.
Ia juga menasihatkan orang ramai supaya hanya berurusan dengan institusi-institusi kewangan yang berlesen dan seterusnya, untuk berwaspada terhadap entiti atau individu tidak berlesen yang menjalankan atau menawarkan perkhidmatan kewangan terutamanya yang berunsurkan skim cepat kaya dan skim piramid.
Antara perkhidmatan kewangan di bawah bidang kuasa BDCB adalah penukaran wang, pengiriman wang dan pinjaman wang.
Orang ramai juga diingatkan perlindungan di bawah rangka kerja penyeliaan BDCB tidak dapat diberikan kepada sesiapa yang memilih untuk berurusan dengan entiti, syarikat atau individu yang tidak dilesenkan atau dikawal selia.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang BDCB.


