Monday, October 14, 2024
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    13 wanita hamil Filipina berdepan hukuman penjara

    PHNOM PENH, 13 OKT – Seramai 13 wanita hamil Filipina yang dituduh menyamar sebagai ibu tumpang di Kemboja selepas direkrut dalam talian berkemungkinan berdepan hukuman penjara selepas mereka melahirkan anak, kata seorang pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri kelmarin.

    Setiausaha Negara Kementerian Dalam Negeri Kemboja, Chou Bun Eng, yang mengetuai kempen negara untuk memerangi pemerdagangan manusia dan eksploitasi seksual, berkata polis menemui 24 wanita asing, 20 warga Filipina dan empat warga Vietnam, ketika mereka menyerbu sebuah vila di wilayah Kandal, berhampiran ibu negara Phnom Penh pada 23 September lalu.

    Kira-kira 13 daripada wanita Filipina didapati hamil dan didakwa di mahkamah 1 Oktober lalu di bawah peruntukan dalam undang-undang Penindasan Pemerdagangan Manusia dan Eksploitasi Seksual, katanya.

    Undang-undang itu dikemas kini pada 2016 untuk mengharamkan perkhidmatan ibu tumpang komersial selepas Kemboja menjadi destinasi popular bagi warga asing yang mencari wanita untuk melahirkan anak mereka.

    Negara membangun itu telah menjadi popular untuk perkhidmatan itu kerana kosnya jauh lebih rendah berbanding di negara seperti Amerika Syarikat dan Australia, di mana perkhidmatan berkenaan boleh menelan belanja sekitar AS$150,000.

    Perniagaan bagi perkhidmatan ibu tumpang berkembang pesat di Kemboja selepas ia dikenakan sekatan ketat di negara jiran Thailand, serta di India dan Nepal.

    Pada Julai 2017, mahkamah Kemboja menjatuhkan hukuman penjara satu tahun setengah ke atas seorang wanita Australia dan dua sekutu Kemboja kerana menyediakan perkhidmatan tersebut. – AP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda