Monday, June 24, 2024
22.1 C
Brunei

    -

    13 warga asing menipu tawaran kerja ditahan

    KUALA LUMPUR, 22 MEI – Polis menahan 11 lelaki dan dua wanita warga asing disyaki terlibat kegiatan penipuan tawaran kerja dalam talian selepas menyerbu dua unit kediaman di Jalan Ceylon, Bukit Bintang, kelmarin.

    Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Noor Dellhan Yahaya berkata selain penahanan kesemua individu berusia 23 hingga 38 tahun itu, polis turut merampas tujuh komputer riba, 21 telefon bimbit dan satu modem.

    Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati sindiket itu telah beroperasi hampir satu bulan dan menyasarkan mangsa di luar negara.

    “Kesemua tangkapan berperanan sebagai pegawai khidmat pelanggan, namun semakan lanjut mendapati mereka tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China, Perancis lancar satelit pantau letupan sinar gamma

    CHINA, 23 JUN – Satelit Perancis-China telah dilancarkan kelmarin di mana ia merupakan misi untuk mencari letupan cahaya terbesar di dunia dalam usaha kerjasama...