Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    13 wartawan terbunuh setakat Ogos 2022

    MEXICO, 4 OGOS – Seorang wartawan terbunuh dalam kejadian di pusat bandar Mexico, menjadikan pembunuhan melibatkan wartawan di Mexico yang ke-13 tahun ini.

    Datuk Bandar Luis Sanchez, berkata mangsa, Ernosto Mendez, bersama dengan empat yang lain ketika mereka diserang.

    Serangan berlaku lewat malam Selasa di sebuah bar milik keluarga Mendez, menurut pihak berkuasa. Laporan awal mendapati sekumpulan lelaki bersenjata menyerbu masuk ke dalam bar dan melepaskan tembakan ke arah Mendez serta seorang ahli perniagaan dan dua yang lain.

    Article19, sebuah pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa mengenai hak kebebasan bersuara, mengecam pembunuhan itu dan menyeru pejabat pendakwa raya khas mengenai hak bersuara mengambil alih siasatan.

    Mexico menjadi negara berbahaya di dunia untuk wartawan terutamanya jenayah terancang, seperti dilaporkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Antara Amerika (CIDH). – AP/Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda