BEIRUT, 31 JULAI – Kira-kira 130 tahanan telah melancarkan mogok lapar dalam penjara Mesir selama lebih enam minggu dalam bantahan terhadap keadaan tidak berperikemanusiaan dan tidak dibenarkan lawatan keluarga, kata Amnesty International hari ini.
Kebanyakan mereka yang mogok di penjara selatan Al-Aqrab di selatan Kaherah ditahan ‘lebih daripada dua tahun lalu dan dibenarkan satu lawatan oleh keluarga atau peguam mereka,’ kata kumpulan hak.
Sejak langkah tersebut dilancarkan pada 17 Jun, pihak berkuasa telah bertindak balas ke atas tahanan dengan ‘memukul mereka dan menggunakan kejutan elektrik,’ kata Amnesty memetik satu kenyataan yang dikeluarkan oleh tahanan.
“Pihak berkuasa Mesir telah mendesak puluhan tahanan di Al-Aqrab sehingga mereka tidak dapat bertahan,” katanya.
“Kombinasi keadaan tahanan yang kotor dan tidak berperikemanusiaan serta tidak dibenarkan lawatan keluarga dan peguam telah mencetuskan situasi tidak tertanggung untuk tahanan,” kata Magdalena Mughrabi, penolong Amnesty Timur Tengah dan ketua Afrika Utara.
“Dengan tidak membenarkan tahanan berjumpa keluarga mereka, pihak berkuasa Mesir secara terang-terangan melanggar undang-undang Mesir dan antarabangsa dan mempamerkan kekejaman,” kata beliau. – AFP