Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    130 dimasukkan hospital kejadian kebocoran kimia

    TEHRAN, 14 JUN – Lebih 130 orang dimasukkan ke hospital selepas mengalami sesak nafas berikutan kejadian kebocoran kimia di sebuah kilang di selatan Iran, menurut laporan media negara hari ini.

    Siasatan telah dijalankan bagi mengetahui punca kebocoran gas nitrogen dari sebuah kilang penghasilan abu soda di bandar Firuzabad, menurut agensi berita rasmi IRNA.

    “Kebanyakan masalah yang dialami adalah sesak nafas berpunca daripada gas nitrogen, yang tidak mendatangkan bahaya,” menurut pengarah pengurusan krisis dari wilayah Fars, Khalil Abdollahi.

    Tiada korban jiwa dilaporkan dan kebanyakan mereka yang dimasukkan ke hospital telah dibenarkan pulang, menurut pegawai perubatan.

    Dibuka pada 2020, Firuzabad Sodium Carbonate Factory menghasilkan kapasiti sebanyak 320,000 tan setahun, menurut laporan IRNA.

    Juga dikenali sebagai abu soda, karbonat natrium kebiasaannya digunakan dalam penghasilan pencuci baju, sabun, kertas, kaca dan produk petrokimia.- AFP

    Lebih 130 orang dimasukkan ke hospital selepas mengalami sesak nafas berikutan kejadian kebocoran kimia di sebuah kilang di selatan Iran.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda