Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    130 ikuti pakej umrah DHSB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JAN – Kira-kira 130 orang jemaah akan melaksanakan umrah pada Februari depan di bawah pakej Darussalam Holdings Sdn Bhd (DHSB), yang mana jumlah besar ini berbetulan dengan musim sejuk (Februari) di Arab Saudi.

    Sehubungan itu, taklimat bagi jemaah umrah berkenaan telah diadakan di Dewan Mahligai, Airport Mall, Berakas, hari ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluar-kan DHSB, di sini, taklimat telah di-sampaikan oleh Ketua Haji dan Umrah DHSB, Pengiran Haji Ibarahim bin Pengiran Haji Bakar sementara itu, sesi praktikal dikendalikan oleh Pegawai Keagamaan DHSB, Haji Abdul Aziz bin Haji Abdul Rahman.

    Kenyataan menyatakan, taklimat antara lain bertujuan untuk memberikan pemahaman lebih mendalam kepada jemaah mengenai apa yang dijangkakan semasa perjalanan mereka dan umrah.

    Kumpulan pertama jemaah umrah bagi Februari akan berlepas pada 1 Februari manakala itu, penerbangan terakhir adalah pada 18 Februari termasuk mereka yang melaksanakan umrah secara individu atau FIT.

    Sementara itu, tambah kenyataan, bagi musim umrah pada Mac depan (cuti sekolah), DHSB memaklumkan bahawa pendaftaran telah dibukakan.

    Dalam pada itu, DHSB juga memaklumkan semua bakal jemaah haji 1441H/2020M yang telah menerima surat tawaran daripada Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama, supaya mendaftar pakej haji di pejabat DHSB semasa waktu pejabat kerana pendaftaran kini masih dibukakan bagi orang awam membuat pilihan.

    Bakal jemaah umrah yang mengikuti pakej DHSB mendengarkan taklimat. – Gambar
    serahan DHSB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda