Friday, September 27, 2024
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    130 peserta sertai kempen derma darah

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 SEPT – Kumpulan Bank Baiduri telah mengadakan kempen derma darah tahunan dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) bertempat di Ruang Komuniti Baiduri di Ibu Pejabat Bank Baiduri, kelmarin.

    Lebih 130 orang peserta, termasuk kakitangan Kumpulan Bank Baiduri dan orang ramai telah tampil bersama-sama menderma darah bagi menyokong menambah bekalan darah rendah untuk keperluan tabung darah kebangsaan di Hospital RIPAS.

    Inisiatif sebagai sebahagian daripada usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) bank telah diadakan setiap tahun sejak 2009. Seperti tahun-tahun sebelumnya, usaha kempen derma darah ini telah diterajui oleh perantis daripada Graduate Apprenticeship Programme (GAP) Bank Baiduri.

    Dua orang perantis yang mengetuai inisiatif kempen berkenaan, Dayang Syahirah Malik dan Dayang Haziqah Juffri menekankan bahawa kerja berpasukan dan kerjasama adalah penting untuk kejayaan acara itu.

    “Acara ini benar-benar memberi ganjaran kepada kumpulan kami. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengambil bahagian; sumbangan awda telah memberi impak yang besar dalam komuniti kami. Di samping itu, kami juga berbesar hati untuk menyokong SMARTER Brunei dengan menampilkan biskut lazat mereka, yang mendapat sambutan hangat pada majlis itu,” kongsi Dayang Syahirah.

    Antara peserta yang mengambil bahagian dalam kempen derma darah anjuran Kumpulan Bank Baiduri bertempat di Ruang Komuniti Baiduri. – GAMBAR SERAHAN BANK BAIDURI
    GAMBAR SERAHAN BANK BAIDURI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda