OTTAWA, 23 Sept – Berpuluh-puluh penduduk di sini tercedera semalam selepas puting beliung kuat membadai ibu kota Kanada, kata media tempatan.
Bencana itu turut memusnahkan kediaman dan kenderaan serta menyebabkan 130,000 penduduk di sini terputus bekalan elektrik.
Ahli kaji cuaca melaporkan angin berkelajuan sehingga 190 kilometer sejam mengganas menyaksikan bandar Gatineau, di utara ibu negara itu paling teruk terjejas.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)