Friday, November 15, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peru isytihar darurat, fenomena El Nino

    LIMA, 29 MEI – Kerajaan Peru pada Isnin mengisytiharkan darurat selama 60 hari di 131 daerah berikutan ‘bahaya’ yang kemungkinan berlaku disebabkan fenomena El Nino, lapor Xinhua.

    Menurut dekri yang diterbitkan dalam warta rasmi El Peruano, daerah itu termasuk Apurimac, Cusco, Junin dan Puno.

    Langkah itu diambil bagi membolehkan Institut Pertahanan Awam Negara, Kementerian Kesihatan dan institusi lain bersama-sama untuk melaksanakan tindak balas kecemasan dan pemulihan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda