Oleh Salawati Haji Yahya – BANDAR SERI BEGAWAN, 19 NOV – Sebanyak 132 anak pokok telah ditanam semasa pelancaran transformatif Grow a Tree Project di Taman Rekreasi Hutan Simpan Berakas, kelmarin. Acara berkenaan merupakan aspek penting dalam Program Kesejahteraan dan Rekreasi Kolej Sains Kesihatan JPMC (JCHS) anjuran Majlis Pelajar JCHS. Selain itu, inisiatif bertujuan untuk

