Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    132 bertanding peringkat akhir Spelling Bee

    Oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 MAC – Seramai 132 orang peserta bertanding dalam peringkat akhir Pertandingan Spelling Bee Kebangsaan Brunei Darussalam 2023 yang diadakan di Dewan Press Conference, Pusat Persidangan Antarabangsa Brunei (ICC), pagi tadi.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Pengarah, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan, Awang Julaihi bin Mohamad @ Mohamat.

    Turut hadir pada majlis yang diadakan oleh Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Kesenian dan Kreativiti, Jabatan Pendidikan Kokurikulum dengan kerjasama CfBT Brunei itu ialah ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai kanan di Kementerian Pendidikan.

    Seramai 759 peserta telah menyertai pertandingan berkenaan yang telah dibukakan bagi murid-murid dan pelajar Tahun 1 hingga 11.

    Antara tujuan pertandingan tersebut adalah untuk meraikan pencapaian ejaan baha-sa Inggeris dalam kalangan kanak-kanak Negara Brunei Darussalam dan untuk menaikkan martabat pertandingan ke seluruh negara.

    Awang Julaihi hadir selaku tetamu kehormat pada pertandingan yang diadakan di ICC, kelmarin.
    Antara pelajar perempuan yang bertanding dalam peringkat akhir berkenaan.

    Pemenang kategori pelajar lelaki Tahun 9, Lee Lik Xuan yang berusia 15 tahun dari Sekolah Menengah Chung Hua, Kuala Belait, ketika ditemu bual mengongsikan perasaan terujanya apabila diumumkan sebagai pemenang dalam pertandingan tersebut meskipun tanpa membuat persiapan yang mencukupi.

    Beliau yang terpilih setelah memenangi pertandingan yang sama di sekolahnya pada tahun lalu menjelaskan bahawa media sosial turut banyak membantunya dalam menambah perbendaharaan kata dan kemahirannya dalam mengetahui perkataan-perkataan baharu memandangkan beliau tidak begitu gemar membaca buku dan seumpamanya.

    Sementara itu, pemenang kategori pelajar perempuan Tahun 9, Ayesha Shiloh Lim, dari Sekolah Seri Mulia Sarjana yang berusia 15 tahun menzahirkan perasaan gembiranya kerana berjaya memenangi pertandingan tersebut.

    Pada masa yang sama beliau turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada tenaga pengajar di sekolahnya yang bertungkus lumus memberikannya tunjuk ajar dan latihan sebelum menghadapi pertandingan berkenaan.

    Kebiasaan dan hobinya yang gemar untuk membaca buku dalam kehidupan sehariannya
    turut memberikannya kelebihan dalam meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris, kongsinya lagi.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...