Friday, September 20, 2024
29.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    133 dimasukkan ke hospital selepas keracunan makanan di Myanmar

    YANGON, 19 SEPT – Seramai 133 orang dari perbandaran Oktwin di wilayah Bago, selatan Myanmar, dimasukkan ke hospital akibat keracunan makanan, menurut pasukan penerangan Majlis Pentadbiran Negeri hari ini, lapor Xinhua.

    Kejadian itu berlaku pada petang kelmarin selepas penduduk tempatan memakan bihun goreng, sos, nasi dan kari telur asam jawa yang disumbangkan kepada mereka awal pagi itu, menurut laporan berkenaan.

    Pesakit mengalami gejala keracunan makanan seperti sakit perut, muntah dan cirit-birit, kira-kira jam 8 malam waktu tempatan, menurut laporan itu.

    Pesakit dibawa ke Hospital Besar Taungoo, dengan 68 dirawat sebagai pesakit luar dan 65 dimasukkan ke hospital. Seramai 41 pesakit dibenarkan keluar hospital pada pagi hari ini, katanya.

    Dalam kejadian berasingan, lebih 100 orang dari perbandaran Tatkon di Wilayah Kesatuan Nay Pyi Taw dimasukkan ke hospital pada Selasa akibat keracunan makanan.

    Kementerian Kesihatan negara itu telah menggesa pihak berkuasa tempatan dan pegawai penjagaan kesihatan di kawasan yang terjejas banjir untuk memastikan makanan yang didermakan selamat dan bersih, tambah laporan itu. – Bernama

    Penduduk yang terjejas banjir beratur bagi mendapatkan makanan di kem sementara yang didirikan di Taungoo, wilayah Bago, Myanmar pada 14 September. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda