Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 26 SEPT – Sebanyak 134 pain darah telah berjaya dikumpulkan dalam kempen derma darah anjuran mahasiswa dan mahasiswi bioperubatan Tahun 4 Universiti Brunei Darussalam.
Dianjurkan dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), kempen berkenaan bukan sahaja diadakan untuk menambah simpanan darah malah mengumpul dana bagi Pusat Kanser Kanak-kanak (YASKA) bagi menyediakan sokongan perkhidmatan terbaik serta pendedahan kepada orang ramai tentang pesakit-pesakit di bawah YASKA.
Pelancaran kempen yang berlangsung di Institut Sains Kesihatan Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa’adatul Bolkiah (IHS PAPRSB), UBD, telah disempurnakan oleh Pemangku Dekan IHS PAPRSB, Dr Zaw Wint. Majlis turut menyaksikan tetamu kehormat menyerahkan sumbangan berjumlah $1,335 kepada wakil YASKA.
