Saturday, February 22, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    135 kakitangan BIBD terima sijil

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 FEB – Seramai 135 orang kakitangan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) telah diraikan hari ini selepas berjaya menamatkan latihan tindak balas kecemasan dalam pertolongan cemas dan keselamatan kebakaran. Latihan tersebut mengukuhkan lagi komitmen BIBD terhadap keselamatan dan kesiapsiagaan di tempat kerja.

    Seramai 70 kakitangan BIBD menerima sijil sebagai Occupational First Aiders, manakala 65 yang lain tamat Kursus Warden Kebakaran. Peserta yang baru dilatih ini kini dilengkapi untuk bertindak dengan pantas dan berkesan dalam situasi kecemasan, memastikan kesejahteraan rakan sekerja dan pelanggan mereka.

    Ketua Perhubungan Kerajaan dan Projek Khas BIBD, Haji Muhammad Yusri bin Haji Wahsalfelah dalam ucapan alu-aluan berkata, “Komitmen terhadap kesiapsiagaan melangkaui tindak balas kecemasan segera. Ia adalah sebahagian daripada visi yang lebih luas untuk memupuk tempat kerja yang mengutamakan kesejahteraan keseluruhan, merangkumi keselamatan fizikal dan kesejahteraan mental.

    “Inilah masanya inisiatif Duta Kesejahteraan BIBD memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan pendekatan holistik kami terhadap kesihatan dan keselamatan,” kata beliau.

    “Langkah-langkah ini bukan sekadar mematuhi peraturan-peraturan, ia mengenai memupuk memupuk budaya penjagaan dan kesiapsiagaan, memastikan pekerja dan pelanggan kami dilindungi setiap masa,” tambah beliau.

    Dedikasi BIBD terhadap keselamatan di tempat kerja melalui program latihan telah melaksanakan beberapa inisiatif utama, termasuk pemeriksaan keselamatan berkala di semua premis, pemasangan Defibrilator Eksternal Automatik (AED), dan pematuhan terhadap Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja SHENA (Pertolongan Cemas) 2021, yang termasuk bilik sakit di Ibu Pejabat BIBD.

    Usaha tersebut selaras dengan prinsip Islam dan global bagi menyokong beberapa Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), termasuk SDG 3: Kesihatan yang Baik dan Kesejahteraan dan SDG 8: Kerja yang Sempurna dan Pertumbuhan Ekonomi berpandukan Maqasid Shariah.

    BIBD akan sentiasa teguh dalam komitmennya untuk memupuk tempat kerja yang selamat, sihat dan berdaya tahan untuk semua.

    ATAS & BAWAH : Kakitangan BIBD yang telah tamat latihan kecemasan menerima sijil pada majlis yang diadakan baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN BIBD
    GAMBAR SERAHAN BIBD

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda