Khamis, November 20, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    136 pelajar diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 SEPT – Seramai 136 pelajar Tahun 10 Express dan Tahun 11 Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna yang telah menamatkan bacaan 30 juzuk Al-Quran, diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran, yang berlangsung di Dewan Utama sekolah berkenaan kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat di majlis itu, Penolong Profesor, Universiti Brunei Darussalam, Dr. Siti Rohaiza binti Haji Ahmad, yang juga Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

    Turut hadir di majlis itu, Pengetua Sekolah, Hajah Adina binti Haji Sarwadi, guru-guru sekolah berkenaan,  ibu-bapa dan penjaga bagi sama-sama meraikan pencapaian pelajar. 

    Majlis tradisi ini diserikan lagi dengan sesi merenjis minyak wangi oleh ibu bapa dan penjaga kepada peserta khatam sebagai tanda keberkatan dan persiapan sebelum pelajar menduduki peperiksaan seperti GCE dan IGCSE Peringkat O.

    Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat yang dibacakan oleh Ustaz Haji Azmi bin Haji Redzuan bagi memohon keselamatan dan kejayaan kepada semua yang terlibat.

    Pelajar Tahun 10 Express dan Tahun 11 sekolah berkenaan diraikan di majlis Khatam Al-Quran.
    Gambar beramai tetamu kehormat bersama guru dan pelajar yang diraikan di majlis itu. – GAMBAR- GAMBAR SERAHAN SMPAPHM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda