Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    137 rekrut lelaki tamat latihan diraikan

    Oleh Sim Y. H. – 

    TUTONG, 23 OGOS – Seramai 137 anggota rekrut lelaki telah berjaya menamatkan Latihan Asas Ketenteraan semasa Upacara Perbarisan Tamat Latihan Rekrut Lelaki Pengambilan ke-174 Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang berlangsung di Padang Kawad Institut Latihan ABDB (IL ABDB), Penanjong Garison, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim.

    Turut hadir ialah timbalan-timbalan dan pemangku timbalan pemerintah angkatan tentera, pemangku timbalan pemerintah angkatan bersama, pengarah-pengarah tentera dan awam, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan anggota-anggota ABDB serta ahli-ahli keluarga rekrut.

    Pada upacara berkenaan, Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif telah memeriksa perbarisan dan menyampaikan ucapan di mana beliau menekankan mengenai kepentingan nilai-nilai ketenteraan, disiplin, kekuatan fizikal, mental dan kerohanian semasa menjalankan tugas di sepanjang kerjaya mereka nanti.

    Upacara diteruskan dengan Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif menyempurnakan penyampaian anugerah-anugerah kepada rekrut-rekrut dan jurulatih yang telah mempamerkan prestasi yang cemerlang dalam kategori-kategori tertentu di sepanjang latihan dijalankan.

    Penerima-penerima anugerah bagi Rekrut Lelaki Pengambilan ke-174 ialah 55862 Rekrut (U) Zaeem Adly bin Norfadilah bagi Anugerah Rekrut Terbaik Keseluruhan, 55870 Rekrut (U) Mohd Asroy Yahya @ Roy bin Rozman bagi Anugerah Kemahiran Tentera Terbaik, 55859 Rekrut (U) Mohammad Abdullah Halim bin Haji Mohammad Jamalul-lail bagi Anugerah Latihan Senjata Ringan Terbaik dan 55822 Rekrut Awangku Mohd Khairul Waie Shahbuddin bin Pengiran Haji Mohd Salleh bagi Anugerah Latihan Jasmani Terbaik.

    Manakala, 52453 Koperal (U) Shariff Faiz Hafiyuddin bin Ezzeddin telah menerima Anugerah Ketua Seksyen Terbaik.

    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif memeriksa perbarisan pada upacara yang berlangsung di Padang Kawad ABDB, Penanjong Garison, kelmarin. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    ATAS & BAWAH : Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif menyampaikan anugerah kepada rekrut dan pelatih pada upacara berkenaan. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Para rekrut semasa mengambil bahagian dalam perbarisan pada upacara itu. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Antara ahli keluarga yang hadir menyaksikan upacara tersebut. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda