Tuesday, January 21, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    138 warga India terkandas dihantar balik

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 DIS – Suruhanjaya Tinggi India di Brunei Darussalam, hari ini, telah mengaturkan penerbangan khas ke-15, yang dioperasi oleh Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB), untuk menghantar balik 138 orang warga India yang terkandas termasuk enam orang anak damit dari Brunei ke Coimbatore, Tamil Nadu, India.

    Pesuruhjaya Tinggi India ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Ajaneesh Kumar dan pegawai-pegawai lain misi berkenaan hadir di lapangan terbang untuk mengucapkan selamat berlepas.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Suruhanjaya Tinggi India, penerbangan berkenaan juga termasuk warga India yang telah menamatkan kontrak mereka tetapi tidak dapat
    ditempatkan dalam penerbangan khas yang diaturkan suruhanjaya berkenaan sebelum ini.

    Sejak Julai 2020, seramai 2,087 orang warga India yang terkandas telah dihantar balik oleh suruhanjaya tinggi berkenaan menerusi penerbangan khas seumpamanya.

    TYT Ajaneesh Kumar ketika hadir di lapangan terbang untuk mengucapkan selamat berlepas. – Gambar serahan Suruhanjaya Tinggi India.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda