Friday, February 21, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    139 haiwan korban Aidiladha di Labuan

    LABUAN, 28 JUN – Jumlah penyembelihan haiwan untuk korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha minggu ini diluluskan 139 ekor berbanding 134 tahun lepas.

    Menurut data Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Labuan, ia meliputi masing-masing 118 ekor lembu dan 21 ekor kambing.

    Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Labuan, Dr Larry David berkata Sittha Farm Bukit Kuda merekodkan bilangan haiwan korban tertinggi dengan 60 ekor lembu dan 20 ekor kambing.

    Namun katanya, jumlah berkenan jauh lebih kecil berbanding unjuran permintaan yang meningkat untuk umat Islam Wilayah Persekutuan ini.

    Peserta ibadah korban tahun ini sama seperti tahun-tahun sebelum ini, kebanyakannya lebih memilih rumah sembelihan diuruskan DVS sendiri untuk sambutan Aidiladha.

    Katanya, pemeriksaan tahap kesihatan akan dibuat ke atas haiwan korban bagi memastikan tiada jangkitan.

    “Pihak jabatan tidak membenarkan haiwan korban disembelih tanpa permit dan pihak penguat kuasa akan menjalankan pemeriksaan di kampung-kampung, surau dan masjid pada esok hari untuk memastikan pihak yang terlibat dalam korban haiwan memiliki permit,” katanya. – Bernama

    Pekerja ladang memberi makan kepada lembu ternakan di Sittha Farm ketika tinjauan fotoBernama kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda