Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    139 pelajar SMSH sertai Jerayawara Kenali ASEAN

    TEMBURONG, 4 FEB – Dalam hasratnya  untuk  membarigakan  serta memberikan  pendedahan  meluas  mengenai  maklumat  asas  berkaitan  ASEAN  kepada pelajar-pelajar sekolah menengah di negara ini, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri, melalui Meja Hal Ehwal Antarabangsa, Unit Perhubungan Korporat, Bahagian Media dan Komunikasi Korporat selaku Sekretariat bagi Jawatankuasa Kecil Penerangan (SCI) ASEAN-COCI Negara Brunei Darussalam mengadakan Jerayawara Kenali ASEAN kepada 139 orang pelajar Tahun 9 Sekolah Menengah Sultan Hassan (SMSH) bertempat di bilik persidangan sekolah berkenaan. 
     
    Program itu merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyuntik semangat patriotisme dan sifat perpaduan (ASEAN-ness) di kalangan pelajar-pelajar untuk menghayati  fungsi  dan  tujuan  ASEAN  ditubuhkan, pada  masa  yang  sama juga  dapat mengukuhkan hubungan antara Jabatan Penerangan dengan masyarakat khususnya para pelajar yang bakal mewarisi kesinambungan bangsa dan seterusnya memainkan peranan penting dalam memangkin hala tuju negara satu masa nanti. 
     
    Taklimat Kenali ASEAN disampaikan oleh Ketua Meja Hal Ehwal Antarabangsa, Unit Perhubungan Korporat, Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Jabatan Penerangan, Awang Eddy Iswandy bin Haji Ismail, yang antara lain menanamkan kesedaran di kalangan para pelajar sekolah sebagai sebahagian daripada masyarakat ASEAN, selaras dengan Moto ASEAN: Satu Visi, Satu Identiti, Satu Komuniti
     
    Turut dipromosikan semasa taklimat berkenaan ialah aplikasi mudah alih We ASEAN yang mengandungi maklumat mengenai ASEAN dan negara-negara anggota ASEAN, kalendar ASEAN, kuiz, galeri gambar dan video. 
     
    Aplikasi itu merupakan salah satu projek di bawah SCI ASEAN- COCI. Ianya boleh dimuat  turun melalui Google Play bagi pengguna Android dan App Store bagi pengguna iOS.
     
    Turut hadir ialah Timbalan Pengetua Pentadbiran, Awang Ziad bin Haji Kula dan para tenaga pengajar sekolah berkenaan.
     
    Awang Eddy Iswandy semasa menyampaikan taklimat. – GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda