Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    14 ahli BBC sertai acara motosikal di Miri

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 SEPT – Suasana meriah Minggu Pemotoran Miri yang berlangsung di Bandaraya Miri, Sarawak baru-baru ini turut diserikan dengan penyertaan Kelab Motosikal Bersatu, Brunei (BBC) yang hadir dengan rombongan seramai 14 ahli.

    Rombongan berkenaan diketuai oleh Yang Di-Pertua BBC, Haji Mohammad Isa bin Haji Marsidi bersama Timbalan Yang Di-Pertua, Pengiran Mohd Aderus bin Pengiran Haji Tengah; Setiausaha I, Pengiran Jaya bin Pengiran Haji Bakar; Setiausaha II, Dayang Sarinah binti Haji Zainal Abdin serta Ahli Jawatankuasa Tertinggi BBC dan para penyokong kelab berkenaan.

    Antara pengisian utama acara ialah pertukaran momento antara pihak penganjur dan kelab-kelab motosikal yang mengambil bahagian. BBC turut berpeluang menerima momento daripada penganjur dan pada masa sama menyerahkan cenderamata kenangan mewakili kelab.

    Menurut Yang Di-Pertua BBC, penyertaan kali ini amat bermakna kerana ia merupakan kali pertama beliau bersama ahli kelab mendaftarkan diri untuk menyokong acara pihak penganjur tersebut.

    Sesi bergambar ramai semasa acara berkenaan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda