Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    14 anak yatim terima sumbangan dari Poomaan

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 APRIL- Anak-anak yatim dan golongan yang kurang bernasib baik di negara ini terus mendapat perhatian pelbagai pihak yang berlumba-lumba meraih ganjaran berlipat ganda pada bulan Ramadan dengan menghulurkan sumbangan.

    Sehubungan itu, sebuah syarikat yang melaksanakan aktiviti amal seumpamanya adalah Kumpulan Poomaan yang menyumbangkan barangan keperluan harian kepada seramai 14 orang anak yatim di sekitar kawasan Kampung Panchor Murai.

    Majlis penyerahan anjuran bersama Masjid Kampung Panchor Murai dan Kumpulan Poomaan merupakan aktiviti tahunan di bulan Ramadan yang bertujuan untuk menceriakan anak-anak yatim dan mereka yang memerlukan.

    Hadir sama-sama menyampaikan sumbangan berkenaan ialah Ketua Kampung Panchor Murai, Haji Ismail bin Haji Jamahat dan Pengurus Bersama Poomaan Sdn Bhd, Abu Taher dan Haji Maideen bin Abdur Rahim.

    Sumbangan yang dihulurkan oleh syarikat berkenaan dihasratkan dapat meringankan beban dalam menjalankan ibadah puasa dan membuat persiapan Hari Raya yang bakal menjelang.

    Anak-anak yatim bergambar bersama sumbangan daripada Kumpulan Poomaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda