Monday, July 8, 2024
23 C
Brunei

    -

    14 artifak bersejarah Kemboja dikembalikan

    PHNOM PENH, 4 JULAI – Para sami Buddha di ibu negara Kemboja, Phnom Penh, hari ini meraikan pemulangan 14 artifak seludup yang dihantar pulang dari Muzium Seni Metropolitan (Met) di New York.

    Karya seni Angkorian, termasuk patung dewi batu pasir abad ke-10 dan kepala Buddha besar dari abad ke-7, telah dicuri oleh penyeludup barangan antik, Douglas Latchford sebelum ditemui di New York.

    “Saya sangat gembira melihat artifak nenek moyang kami kembali ke tanah air,” kata Menteri Kebudayaan Kemboja, Phoeurng Sackona, pada majlis tersebut.

    “Kami berharap lebih banyak khazanah kami di Met akan dikembalikan ke Kemboja,” tambahnya.

    Sackona berkata lebih daripada 50 artifak yang dicuri akan dikembalikan ke Kemboja dari Amerika Syarikat dalam masa terdekat.

    Menteri itu juga menyeru pengumpul peribadi dan muzium di seluruh dunia untuk mengikuti jejak Met dan memulangkan artifak yang telah dicuri.

    “Pemulangan khazanah negara kita, yang disimpan oleh Met, adalah sangat penting bukan sahaja untuk Kemboja, tetapi untuk seluruh umat manusia,” katanya.

    Latchford, yang meninggal dunia pada usia 88 tahun di rumahnya di Bangkok, dianggap sebagai sarjana objek antik Kemboja dan menerima pujian atas buku-bukunya mengenai seni Empayar Khmer. – AFP

    Sackona ketika membakar kemenyan di depan patung artifak semasa majlis rasmi di Muzium Negara Kemboja di Phnom Penh, Kemboja, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua askar, enam suspek militan terbunuh dalam pertempuran di Kashmir

    NEW DELHI, 7 JULAI – Dua anggota tentera dan enam suspek militan terkorban dalam dua pertempuran berasingan di Kashmir yang ditadbir India, menurut polis, hari...