Friday, February 14, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    14 cedera akibat bunga api

    LONDON, 6 Nov – Pihak polis Britain semalam melaporkan 14 orang cedera termasuk beberapa orang kanak-kanak apabila bunga api tidak berfungsi semasa acara “malam unggun api” pada Sabtu lalu.

    Tarikh 5 November diraikan dengan memasang unggun api dan persembahan bunga api seluruh negara untuk meraikan kegagalan serangan pengganas untuk meletupkan Rumah Parlimen yang diketuai oleh Guy Fawkes pada 1605.

    Polis dan unit kecemasan bergegas ke Hotel Antrobus di Amesbury di mana acara Unggun Api di adakan pada malam minggu tersebut.

    Pihak hotel memberitahu bahawa satu kotak yang berisi bunga api tidak berfungsi. Tambahnya lagi, “Disebabkan oleh prosedur keselamatan melebihi dari garis panduan pengeluar, beberapa bunga api meluru ke arah barisan penonton, kami sangat menyesali kejadian ini dan memohon maaf kepada mangsa. Siasatan penuh akan dijalankan.”

    Polis sedang mengawal di tepi jalan sekitar bandar London semasa sambutan 5 November iaitu tarikh yang menandakan kegagalan serangan pengganas yang diketuai oleh Guy Fawkes untuk meletupkan Rumah Parlimen pada tahun 1605. – AFP

    Menurut saksi, Lewis Foote, yang berada ditempat kejadian memberitahu media tempatan: “Suasana sangat cemas dan kanak-kanak menangis, ia amat menakutkan, apa yang kami buat hanya menoleh ke belakang dan menutup muka kami.”

    Rachael Tomlinson, bersama anak perempuannya memberitahu bagaimana bunga api jatuh betul-betul di depan matanya.

    “Saya menyaksikan topi perempuan terbakar dan yang lain cuba menyelamatkannya; dan saya nampak muka budak lelaki terbakar dan dia berasa sangat takut,” katanya.

    Unit Kecemasan melaporkan mereka telah merawat 14 orang semasa kejadian. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda