Tuesday, March 18, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    14 cedera kebakaran di pusat membeli-belah Rio

    MOSCOW, 11 Julai – Sekurang-kurangnya 14 cedera selepas sebuah pusat beli-belah di sini, terbakar dan memaksa ribuan pelanggan dipindahkan.

    Kira-kira 200 anggota bomba dan 60 jentera turut dikerah untuk memadamkan kebakaran, selain menyelamatkan empat mangsa yang terperangkap dalam Pusat Beli-Belah Rio, yang terletak timur laut ibu negara Rusia itu.

    “Empat belas orang sudah dimasukkan ke hospital, empat daripada mereka berada dalam keadaan kritikal,” kata Timbalan Datuk Bandar, Piotr Birioukov kepada agensi berita Interfax.

    Bagaimanapun, katanya, kebakaran itu berjaya dipadamkan sepenuhnya dan punca kejadian masih belum diketahui. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda