LONDON, 1 NOV – Pihak berkuasa Britain hari ini menjalankan siasatan berhubung pelanggaran dua kereta api penumpang yang meng-akibatkan puluhan orang cedera.
Gerabak belakang kereta api tergelincir kelmarin selepas ‘melanggar objek’ ketika ia mendekati stesen di Salisbury di selatan England.
Rangkaian Landasan Kereta api berkata insiden itu telah menjejaskan semua isyarat di kawasan tersebut dan sebuah kereta api kedua dari London kemudian melanggar kereta api yang tergelincir tersebut.
Kira-kira 50 anggota bomba berkejar ke tempat kejadian manakala seramai 14 penumpang telah dibawa ke hospital termasuk pemandu salah sebuah kereta api yang terperangkap dalam kabinnya selepas berlanggar.
Kecederaannya dipercayai tidak parah. Tiga mangsa masih dirawat di hospital hari ini dalam keadaan yang stabil.
Para penumpang dan saksi menyifatkan bunyi pelanggaran seperti petir dan berlaku huru-hara selepas kemala-ngan terjadi. – AP
