Friday, October 11, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    14 guru, kakitangan STJ PGGMB sertai Kursus Marsyal Bomba

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 10 OKT – Seramai 14 orang guru dan kakitangan dari Sekolah Tunas Jaya Persekutuan Guru-guru Melayu Brunei (STJ PGGMB) Kuala Belait (KB) telah berjaya menamatkan Kursus Life Saver 995 dan Marsyal Bomba yang dikendalikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) pada 5 Oktober lalu.

    Hadir untuk menyaksikan kursus tersebut ialah Pengetua STJ PGGMB Kuala Belait, Dayang Fazziah binti Kamis, yang turut serta dalam kursus berkenaan.

    Bagi memperingati penyertaan dan pencapaian mereka, para peserta telah menerima sijil penyertaan yang disampaikan oleh Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi B, SSFR Amirul Hadi bin Haji Junaidi.

    Gambar ramai guru dan kakitangan STJ PGGMB yang mengambil bahagian dalam kursus tersebut. – GAMBAR SERAHAN STJ PGGMB KB
    Dayang Fazziah semasa menerima sijil kursus daripada SSFR Amirul Hadi. – GAMBAR SERAHAN STJ PGGMB KB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda