Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    14 individu terlibat nahas pesawat

    MORONI, COMOROS, 27 FEB – Pasukan penyelamat di Comoros bergegas mencari mangsa yang terselamat selepas sebuah pesawat yang membawa 14 orang terhempas di kepulauan Lautan Hindi kelmarin.

    Syarikat Penerbangan AB Aviation berkata pesawat Cessna kecilnya hilang daripada radar kira-kira 2.5 kilometer dari destinasinya semasa penerbangannya antara ibu kota Moroni dan bandar Fomboni di pulau Moheli.

    Sementara itu, menerusi operasi pencarian yang dilakukan telah mula menemukan serpihan pesawat di kawasan pantai Djoiezi yang mengesahkan nahas itu,” kata kementerian pengangkutan Comorian dalam satu kenyataan. Kerajaan Comoros berkata 12 penumpang itu adalah warga Comoros dan dua juruterbang berasal dari Tanzania.

    Pegawai kanan polis Abdel-Kader Mohamed berkata tiga bot laju telah dihantar ke lokasi yang dipercayai berlakunya nahas itu dan membantu pihak tersebut mengumpul serpihan dari pesawat dan barangan milik penumpang”.

    Mereka meneruskan pencarian hari ini dengan harapan menemui mangsa nahas yang terselamat.

    Sokongan dan bantuan telah diberikan kepada keluarga yang terjejas di Moheli dan pulau Moroni di Grande Comore.

    “Saya tidak mempunyai harapan. Mulai esok, kami akan mula meratapi adik saya,” Idi Boina, 55, kakaknya salah seorang penumpang, telah memberitahu AFP di Moroni.

    Pihak berkuasa berkata mereka telah meminta bantuan dari wilayah Perancis Mayotte. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda