Monday, March 31, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    14 juta kanak-kanak berisiko kebuluran

    NEW YORK, 27 MAC – Sekurang-kurangnya 14 juta kanak-kanak berisiko mengalami kelaparan serta kekurangan zat makanan atau kematian pada tahun ini.

    Amaran tersebut dikeluarkan oleh Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNICEF) kelmarin.

    UNICEF menegaskan bahawa situasi tersebut bertambah kritikal susulan pemotongan dana oleh penderma utama antarabangsa, termasuk Amerika Syarikat yang mengurangkan peruntukan bantuan luar.

    Bagi menangani ancaman kebuluran itu, UNICEF menggesa kerajaan dan institusi dermawan untuk menyumbang kepada Dana Pemakanan Kanak-kanak bagi mengelakkan gelombang kebuluran yang semakin membimbangkan.

    Ketua Pengarah Eksekutif UNICEF, Catherine Russell, berkata bahawa dunia telah mencapai kemajuan besar dalam membanteras kebuluran kanak-kanak sejak awal abad ke-21.

    Namun, pencapaian itu kini berisiko terhapus akibat pemotongan dana yang drastik oleh beberapa negara penderma utama. – AFP

    Kanak-kanak Palestin menuai tumbuhan di tengah-tengah kebuluran dan kesusahan yang dialami oleh orang yang kehilangan tempat tinggal di Deir al-Balah, di tengah Semenanjung Gaza pada 17 Oktober 2024. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda