Monday, May 5, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    14 kanak-kanak ditahan selepas remaja maut dalam kebakaran di UK

    LONDON, 4 MEI – Seramai 14 kanak-kanak berusia antara 11 hingga 14 tahun telah ditahan oleh polis Britain berhubung kematian seorang remaja lelaki dalam insiden kebakaran di sebuah kawasan perindustrian di timur laut England.

    Menurut Polis Northumbria, mereka yang ditahan terdiri daripada sebelas lelaki dan tiga perempuan, disyaki terlibat dalam kes pembunuhan tanpa niat, kelmarin.

    Mangsa dikenal pasti sebagai Layton Carr, 14 tahun, yang ditemui maut dalam bangunan di Gateshead, berhampiran Newcastle, selepas dilaporkan hilang pada Jumaat.

    “Malangnya, selepas operasi mencari dijalankan… satu mayat dipercayai milik Layton Carr, 14 tahun, telah ditemui meninggal dunia di dalam bangunan tersebut,” kata jurucakap polis dalam satu kenyataan.

    Polis dimaklumkan mengenai kebakaran itu pada malam Jumaat dan siasatan masih berada di peringkat awal.

    “Ini merupakan insiden yang amat menyayat hati apabila seorang kanak-kanak telah kehilangan nyawanya,” kata Ketua Inspektor Detektif Louise Jenkins.

    Penduduk setempat memberitahu BBC bahawa kawasan industri itu sering menjadi tempat remaja dan kanak-kanak menceroboh tanpa kebenaran. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda