Monday, May 12, 2025
29.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    14 keluarga mangsa bencana terima bantuan

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 MEI – Seramai 14 orang ketua keluarga kelmarin menerima bantuan kewangan daripada kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).

    Majlis penyampaian bantuan berlangsung di Bangunan KKBS dan disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

    Daripada jumlah penerima, seorang ketua keluarga merupakan mangsa kejadian rumah roboh, enam ketua keluarga terlibat dalam kejadian banjir, empat ketua keluarga merupakan mangsa kebakaran, manakala tiga ketua keluarga lagi terkesan akibat kejadian angin kencang.

    Menurut JAPEM, kesemua mangsa dan penghuni rumah yang terlibat dalam bencana berkenaan berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

    Pemberian bantuan itu bertujuan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa bencana serta memastikan kebajikan dan kesejahteraan mereka sekeluarga terus terpelihara. Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan dan pemedulian berterusan pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang ditimpa musibah.

    ATAS & BAWAH : Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menyampaikan bantuan kewangan kepada mangsa bencana, baru-baru ini. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    GAMBAR OLEH SIM Y. H.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda