Sunday, September 24, 2023
22.3 C
Brunei

    -

    14 kes jangkitan antraks dilaporkan di Vietnam

    HANOI, 9 JUN – Vietnam telah mengukuhkan langkah pencegahan dan pengawalan epidemik selepas dua wilayahnya melaporkan 14 kes jangkitan antraks, menurut laporan agensi berita Vietnam, hari ini.

    Empat wabak penyakit antraks manusia baru-baru ini dilaporkan di wilayah utara Dien Bien dan Ha Giang, menurut pusat wilayah untuk kawalan penyakit.

    Kesemua pesakit jatuh sakit selepas sama ada menyembelih atau memakan daging daripada lembu yang sakit. Mereka yang dijangkiti mempunyai gejala seperti demam, sakit kepala, sakit perut, diarea, sukar bernafas dan sakit otot, menurut pihak berkuasa kesihatan wilayah.

    Namun tiada kematian dilaporkan di kalangan kes tersebut setakat ini.

    Penyakit berjangkit yang boleh membawa maut ini biasanya menyerang lembu dan manusia hanya apabila mereka bersentuhan dengan lembu yang terkena antraks atau memakan dagingnya. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...