Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    14 maut, 2 cedera dalam kemalangan

    LA PAZ, 5 APRIL – kira-kira 14 orang terbunuh dan dua lagi cedera kelmarin dalam perlanggaran antara sebuah trak dan sebuah bas di jalan yang sibuk di barat daya Bolivia, kata polis.

    Pegawai polis tempatan, Julio Larrea, berkata ‘sembilan orang wanita, empat lelaki (dan) seorang kanak-kanak’ antara yang maut.

    Larrea berkata, pemandu lori yang sarat dengan garam telah terbabas ke seberang jalan dan melanggar bas yang tiba semasa kejadian itu.

    Kemalangan itu berlaku di jalan raya yang menghubungkan bandar Andes Oruro dan Potosi.

    ‘Pencerobohan lorong, kelajuan yang berlebihan dan kurang berhati-hati,’ menyebabkan kemalangan itu, seorang lagi pegawai polis tempatan, Adet Cabrera, memberitahu saluran TV Red Uno dari tempat kejadian.

    Pemandu trak itu, yang terselamat dalam kemalangan itu, telah dibawa ke klinik swasta di bawah kawalan polis, menurut Cabrera.

    Bas itu membawa 15 orang termasuk pemandu yang maut dalam kemalangan itu. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda