Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    14 maut dalam kebakaran di timur India

    NEW DELHI, 1 FEB – Kira-kira 14 orang termasuk 10 wanita dan tiga kanak-kanak terkorban dalam kebakaran yang berlaku membabitkan sebuah bangunan bertingkat di Jharkhand, timur India semalam.

    Sebuah majlis perkahwinan diadakan di bangunan itu ketika kebakaran berlaku, menurut polis tempatan.

    Hampir 12 orang cedera dan dimasukkan ke hospital tempatan. Operasi mencari dijalankan untuk mengesan jika ada mangsa yang masih terperangkap, lapor Xinhua.

    Ini merupakan kebakaran kedua di kawasan yang sama sejak empat hari lalu.

    Sabtu lalu, lima orang terbunuh dalam kebakaran di sebuah klinik swasta. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda