Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    14 maut dalam nahas jalan raya di India

    NEW DELHI, 29 FEB – Sekurang-kurangnya 14 orang maut dan 20 lagi cedera dalam nahas jalan raya di negeri Madhya Pradesh di tengah India.

    Kemalangan itu berlaku pada awal pagi hari ini di daerah Dindori, kira-kira 470 kilometer dari ibu negeri Bhopal, menurut laporan media tempatan.

    Pikap yang dinaiki mangsa dilaporkan hilang kawalan sebelum terhumban ke dalam lembah sedalam 50 kaki.

    “Kerajaan negeri akan memberi bantuan kewangan sebanyak 400,000 rupee setiap seorang kepada waris mangsa dan menyediakan rawatan kepada mereka yang cedera,” kata Ketua Menteri Madhya Pradesh, Mohan Yadav. – Bernama

    Orang ramai berkumpul di sekeliling sebuah kenderaan pikap yang terbalik dalam kemalangan yang mengorbankan 14 orang dan mencederakan 20 yang lain di kawasan Shahpura di daerah Dindori di negeri Madhya Pradesh, India pada hari ini. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda