Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    14 maut dalam ribut kencang di AS

    WASHINGTON, 1 Mei – Ribut kencang pada hujung minggu telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh di barat dan selatan Amerika Syarikat (AS), menurut pegawai, tatkala rantau-rantau timur menghadapi angin kencang dan puting beliung berasingan hari ini.

    Cuaca buruk memusnahkan rumah, menterbalikkan kereta dan menyebabkan pokok tumbang dengan Perkhidmatan Cuaca Negara mengesahkan sekurang-kurangnya empat puting beliung di Texas.

    Datuk bandar Canton, Texas, bandar yang terletak kira-kira 60 batu dari timur Dallas, berkata jumlah kematian di sana mencecah empat orang.

    “Adalah menyedihkan dan membimbangkan kalau hendak dikatakan,” ujar Datuk Bandar Lou Ann Everett kepada wartawan semalam.

    Seorang jurucakap untuk Jabatan Pengurusan Kecemasan Arkansas memberitahu AFP cuaca buruk telah menyebabkan sekurang-kurangnya lima kematian di negeri itu.

    Keadaan sebuah rumah yang teruk terjejas akibat ribut itu. – AP
    Keadaan sebuah rumah yang teruk terjejas akibat ribut itu. – AP

    Agensi Pengurusan Kecemasan Mississippi pula telah mengesahkan dua kematian, salah seorang daripadanya adalah seorang kanak-kanak yang terbunuh akibat renjatan elektrik dalam air banjir.

    Hujan lebat juga melanda negeri barat Missouri, dengan sekurang-kurangnya dua kematian dilaporkan. Menurut CNN, salah seorang mereka yang terbunuh adalah seorang wanita berusia 72 tahun yang terkandas dalam keretanya ketika ia dihanyutkan oleh air banjir.

    Di Tennessee, seorang budak perempuan berusia dua tahun disahkan mati di sebuah hospital di Nashville selepas dia terkena tiang bola sepak besi yang ditumbangkan oleh angin kencang, menurut jabatan polis bandar.

    Lewat semalam, NWS meramalkan banjir besar akan berterusan di sebahagian daripada kawasan timur Oklahoma, utara Arkansas, Missouri, Illinois dan Indiana.

    Pihak berkuasa mengingatkan ribut teruk yang berpotensi membawa angin kencang, ketulan hujan batu dan puting beliung mungkin melanda sebahagian daripada kawasan pertengahan Atlantik dan timur laut AS pada petang ini. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda