Monday, May 12, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    14 maut kemalangan jalan raya

    KAHERAH, 16 NOV – Sekurang-kurangnya 14 orang maut dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah bas mini dan sebuah trak di selatan Mesir, menurut pihak berkuasa kesihatan kelmarin.

    Dalam satu kenyataan, pihak berkuasa Mesir berkata bas mini dan trak pikap itu bertembung berhampiran perkampungan pedalaman Abu Minqar di wilayah barat daya El-Wadi El-Gedid.

    Mahmoud Abu El-Laly, ketua keselamatan wilayah, berkata 14 mayat telah dibawa ke rumah mayat di bandar Dakhla dan sembilan mangsa telah dikenal pasti. Namun kenyataan tidak memberikan sebarang butiran lanjut.

    Menurut rangkaian berita Mesir, kemalangan berlaku malam kelmarin.

    Kemalangan jalan raya meragut ribuan jiwa setiap tahun di Mesir, dengan kebanyakannya disebabkan pemanduan terlalu laju, keadaan jalan raya yang teruk dan kurang penguatkuasaan undang-undang lalu lintas. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda