MUMBAI, 30 Dis – Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh selepas sebuah restoran terkenal di Mumbai terbakar awal kelmarin, kata polis dalam bencana terbaru yang menimbulkan kebimbangan mengenai tahap keselamatan di India.
Kebanyakan mangsa adalah wanita muda yang menghadiri majlis hari jadi di atas bumbung ketika kebakaran berlaku. Doktor berkata mereka meninggal dunia akibat asfiksia dan kelihatan berlaku ketika mereka cuba melarikan diri.
Media tempatan melaporkan siling palsu telah runtuh di bangunan empat tingkat di ibu negara kewangan India itu sehingga menjejaskan orang di dalam ketika mereka cuba melarikan diri. (Klik di sini untuk berita lanjut)