Tuesday, January 7, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    14 maut, tanah runtuh di barat daya China

    BEIJING, 4 JUN – Empat belas orang terbunuh dan lima hilang akibat tanah runtuh di wilayah Sichuan, barat daya China hari ini, kata kerajaan tempatan.

    Tanah runtuh itu berlaku di daerah pergunungan pada 6 pagi (2200 GMT) di stesen perhutanan milik kerajaan di Jinkouhe, berhampiran bandar Leshan, kata kerajaan tempatan dalam satu kenyataan dalam talian.

    “Sehingga 3:30 petang, 14 mangsa telah ditemui, manakala lima orang masih hilang,” kata kenyataan itu.

    Pihak berkuasa menghantar lebih 180 orang dan lebih puluhan peralatan menyelamat dan pemulihan ke lokasi kejadian, menurut kenyataan itu.

    “Pada masa ini, proses pencarian dan menyelamat sedang dijalankan dengan segera,” katanya.

    Tapak itu terletak di kawasan pergunungan kira-kira 240 kilometer (150 batu) dari ibu kota wilayah Chengdu.

    Daerah tersebut terpencil dan diliputi hutan yang tebal, kawasan itu terdedah kepada bencana alam termasuk tanah runtuh dan gempa bumi. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda