NEW YORK, 12 OKT – Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin memilih 14 negara menganggotai Majlis Hak Asasi Manusia bagi penggal tiga tahun yang bermula pada 1 Januari 2023.
Melalui sesi undian sulit, Algeria, Maghribi, Afrika Selatan, Sudan (untuk Afrika); Bangladesh, Kyrgyzstan, Maldives, Vietnam (untuk Asia-Pasifik); Georgia, Romania (untuk Eropah Timur); Chile, Costa Rica (untuk Amerika Latin dan Caribbean); Belgium, Jerman (untuk Eropah Barat dan negeri lain) dipilih menganggotai Majlis tersebut, lapor Xinhua. – Bernama