14 orang mati ditembak

PAKISTAN, 18 April – Lelaki-lelaki bersenjata membunuh kira-kira 14 orang selepas memaksa mereka turun dari bas di Balochistan, Pakistan, menurut para pegawai hari ini, dalam serangan terbaharu yang mana pasukan pemisah di wilayah tenggara yang bertikai mengaku melancarkannya.

Para penyerang yang bilangan mereka kira-kira dua dozen, memakai pakaian seragam pasukan paramilitary Frontier Corps, setiausaha dalam wilayah itu Haider Ali memberitahu AFP.

“Mereka menahan bas di Lebuhraya Pantai Makran dan menembak mati 14 orang,” ujarnya. Tambahnya, empat buah kenderaan membuat perjalanan menuju pelabuhan bandar besar, Karachi dari bandar pantai Ormara.

Lelaki-lelaki bersenjata mengenal pasti penumpang-penumpang bukan Baloch melalui kad pengenalan mereka dan menembak mereka, ujarnya. Semua mangsa dipercayai warga Pakistan, dengan seorang pegawai laut dan seorang anggota pengawal pantai antara yang terbunuh.

Sebuah kumpulan pemisah Baloch mengaku melancarkan serangan itu. Seorang jurucakap militan menafikan penumpang-penumpang awam dibunuh dan berkata kumpulan itu hanya mensasarkan pegawal pantai dan anggota perkhidmatan tentera.

Balochistan, yang bersempadan dengan Afghanistan dan Iran adalah wilayah termiskin di Pakistan dan terbesar dari segi jisim bumi, dengan para pejuang Islam dan juga pemisah etnik Baloch aktif di sana.

Pasukan keselamatan Pakistan mensasarkan pemberontak-pemberontak di wilayah itu sejak tahun 2004 dan juga berkali-kali dituduh oleh kumpulan hak asasi antarabangsa melakukan penganiayaan di sana. Pihak ketenteraan menafikan dakwaan itu.

Menteri dalam wilayah itu Mir Zia Langov memberitahu AFP siasatan menyeluruh telah dilancarkan ke atas serangan itu dan pihak berkuasa cuba menjejaki lelaki-lelaki bersenjata, yang menurutnya telah melarikan dari tempat kejadian.

Dia berkata “tidak ada toleransi terhadap Insiden-insiden seumpama itu dan kami tidak akan melepaskan mana-mana pengganas yang melancarkan serangan pengecut ini.” –AFP

Gambar peta Pakistan yang menunjukkan perjalanan antara Ormara dan Karachi di mana 14 mangsa dibunuh oleh lelaki bersenjata. -AFP