Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    14 orang maut akibat arak tiruan

    NEW DELHI, 13 MEI – Sekurang-kurangnya 14 orang maut akibat minum arak beracun di negeri Punjab, India, menurut pegawai pada Selasa.

    Kematian dilaporkan berlaku di beberapa kampung di kawasan Majitha, daerah Amritsar.

    Dalam satu hantaran di platform X, Ketua Menteri Punjab, Bhagwant Mann berikrar akan menghukum pihak yang bertanggungjawab atas tragedi itu.

    Pesuruhjaya daerah Amritsar, Sakshi Sawhney berkata beberapa individu yang disyaki sebagai pembekal arak haram telah ditahan.

    Enam individu yang jatuh sakit selepas minum arak pada malam Isnin kini sedang menerima rawatan perubatan.

    Kematian akibat ‘hooch’ atau arak tiruan kerap berlaku di India kerana segelintir penduduk membeli minuman keras haram disebabkan larangan penjualan arak di sesetengah kawasan atau harganya yang murah.

    Lebih 100 orang maut dan ramai lagi hilang penglihatan selepas meminum arak tiruan di daerah Tarn Taran, Amritsar dan Gurdaspur di Punjab pada 2020. – Bernama

    Ahli keluarga Sikander yang meninggal dunia selepas meminum arak beracun meratapi pemergiannya di kampung Majitha, di pinggir bandar Amritsar, India, hari ini. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda